Wednesday, July 18, 2012

Belangsungkawa Shakey's Malaysia (1978-2009)


"Rage comic" yang saya buat sendiri

Saya ada satu cerita. Cerita ini pasal seorang wanita namanya Cik S. Cik S nie kemudian kahwin dengan Mr. C. Tapi, yang menjadi masalah, bini Mr. C yang sorang lagi, namanya Puan P rasa jeles dengan Cik S ni. Puan P ni rasa tercabar la dengan Cik S kerana dua-dua cantik dan mempunyai kehebatan tersendiri. Mereka berdua mahir buat pizza. Namun, dek kerana Puan P ni terlalu memujuk sangat dengan Mr. C, akhirnya Cik S berpisah akhirnya. Setelah sekian lama Cik S keseorangan, dia bertemu pula dengan jejaka tampan yang bernama D. Akhirnya Cik S berkahwin pula dengan D. Namun, D ni lak tetiba pula pergi 'rampas' harta Cik S (dengan 'persetujuan' :P) dan setelah beberapa lama sekiannya, akhirnya secara tetiba, Cik P jatuh pergi merempat setelah 'dihalau' dari D dan akhirnya dia menderita sehinggalah dia mati kemudiannya. Belangsungkawa Cik S...

Sebenarnya cerita di atas tu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebenarnya, apa yang saya ingin ceritakan adalah mengenai sebuah rangkaian restoran pizza terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu yang kini telahpun 'mati'. 'Perkahwinan'nya dengan satu lagi rangkaian pizza yang kini menjadi antara rangkaian pizza yang meletup-letup di negara ini merupakan "titik-tolak" kepada kejatuhan, 'pembunuhan' serta "penyakit kronik" yang melanda rangkaian ini. Tanpa segan silu, rangkaian pizza yang dimaksudkan semestinya SHAKEY'S PIZZA, rangkaian pizza pertama di Malaysia (mendahului Pizza Hut) yang sampai ke Malaysia pada tahun 1978 namun 'mati' pada tahun 2009 setelah semua rangkaian yang masih mengekalkan brand Shakey's gulung tikar pada tahun itu juga (Kenapa dikatakan "yang masih mengekalkan"?? Tunggu....).

Shakey's yang pada asalnya dari Amerika Syarikat mula bertapak di Malaysia pada tahun 1978 dan menjadi rangkaian restoran pizza pertama yang beroperasi di Malaysia. Shakey's kemudian diletakkan dibawah KFC Holdings bersama KFC dan Pizza Hut. Namun, disebabkan Pizza Hut tidak mahu ada keuntungan lebih dari pesaing terdekat, maka Shakey's sering dianaktirikan oleh KFC Holdings. Akhirnya, Shakey's dikeluarkan dari KFCH dan meneruskan perniagaan di atas paksi sendirinya. Pada tahun 2005, Shakey's bersetuju untuk bergabung bersama Domino's Pizza yang pada ketika itu tidaklah sekuat pada hari ini dan penggabungan ini menyaksikan beberapa buah cawangan Shakey's di'transform' menjadi Domino's manakala cawanngan yang masih lagi berada di bawah jenama Shakey's pula akan dijual. Penggabungan ini juga menyaksikan kekuatan Shakey's yang sebelum ini merupakan 'archrival' kepada Pizza Hut semakin merudum disebabkan pengaruh Domino's yang semakin kuat. Beberapa masalah yang dihadapi oleh Shakey's sehingga terdapat cawangan yang mengalami masalah dari segi mutu servis serta khidmat pelanggan menyebabkan Shakey's akhirnya jatuh dan pada tahun 2009, kesemua cawangan Shakey's di Malaysia telahpun gulung tikar.

Shakey's Dalam Kenangan (1978-2009)


Shakey's telah memberikan 1001 kenangan yang indah dan saya adalah salah seorang peminat Shakey's sejak dari kecil lagi. Shakey's sememangnya mempunyai perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Pizza Hut kerana terdapat beberapa buah menu di Shakey's yang mana kelazatannya amatlah berbeza dan lebih sedap jika dibandingkan dengan Pizza Hut. Antaranya ialah garlic breadnya. Garlic bread Shakey's lebih sedap jika dibandingkan dengan garlic bread kat Pizza Hut. Ini disebabkan rasanya yang rangup seperti di'toast' selain aroma serta rasanya yang tidak dapat menandingi Pizza Hut. Selain itu, Shakey's juga memiliki menu ayam goreng yang dirasai boleh menandingi ayam goreng KFC disebabkan rasa ayam gorengnya yang boleh dikatakan setaraf dengan rasa ayam goreng OR KFC (nanti marah lak KFC sbb nnt tkt dikata resepi rahsia diorg dh kna 'leak'). Rasa pizzanya juga boleh tahan rasanya dan antara yang juga menjadi tarkian utama adalah mojos (kentang yang dipotong tebal dan digoreng) yang sememangnya sedap belaka selaras dengan taglinenya "More pizza, more than pizza". Masa kecil dulu, mama saya rajin bawa kitorang makan kat sini especially kalau pergi ke Jusco Wangsa Maju (disebabkan terdapat restoran Shakey's kat situ) dan kali terakhir saya makan kat Shakey's adalah pada tahun 2006 dan sejak kami pindah ke Sabah, kami langsung tak pergi ke Shakey's.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila semua restoran Shakey's yang still maintain dengan brand Shakey's ditutup serta merta pada tahun 2009 dan ini telah menandakan berlakunya 'kematian' sebuah rangkaian pizza tertua di Malaysia yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia dalam menghidangkan pizza serta memberi layanan istimewa kepada semua pelanggan setianya. Segala kenangan menikmati hidangan di Shakey's kini hanyalah tinggal secebis kenangan. Bersemadilah Shakey's. Engkaulah seorang legend. Kelazatan hidanganmu tidak dapat ditandingi oleh Pizza Hut yang menjadi raja pada hari ini. Selamat jalan, Shakey's.....

Belangsungkawa Shakey's Malaysia (1978-2009)


Farewell, Shakey's Malaysia. Bersemadilah kamu di sana....

Monday, July 16, 2012

"Hilang citarasa klasik", punca kejatuhan A&W Malaysia?????

Sebelum ini, saya ada menulis satu entry mengenai kejatuhan A&W di Malaysia serta memorandum dan tuntutan dalam memantapkan perniagaan A&W Malaysia agar dapat bersaing dengan kuasa besar makanan segera lain seperti KFC, McD, Burger King, Wendy's, dan sebagainya. Dan kali ini, saya mendapat satu ilham untuk menulis entry pada kali ini. Kali ini saya akan sentuh tentang "kehilangan citarasa klasik" punca A&W Malaysia jatuh serta perbandingan dengan suasana A&W pada zaman dahulu.

Pekena utama A&W. Gambar hiasan.

Jatuhnya A&W kerana "citarasa klasik dibunuh"????


Kali ini, saya ingin menyentuh mengenai citarasa klasik A&W yang 'dibunuh' serta kaitannya dengan kejatuhan A&W Malaysia yang sekarang ini semakin teruk sehingga A&W Malaysia bakal menghampiri "era penamat"nya. Untuk pengetahuan, suasana A&W yang dirasai sekarang ini amatlah berbeza dengan suasana A&W ketika era kegemilangannya sehingga akhir 90an. Ketika itu, A&W di Malaysia amatlah setanding dengan KFC serta McD pada ketika itu dan auranya jelas terasa oleh setiap warga. Ketika itu, hanya KFC dan McD merupakan pesaing terhebat A&W pada ketika itu (Burger King & Wendy's masih belum memasuki pasaran Malaysia pada waktu itu, Marrybrown tidaklah sehebat sekarang, dan dahulunya ada Grandy's di Malaysia namun telah ditutup kerana tiada kekuatan yang ada untuk bersaing). Seperti yang anda ketahui, A&W merupakan restoran makanan segera pertama yang bertapak di Malaysia dengan cawangan pertamanya di Batu Road (kini Jln TAR) dibuka pada tahun 1963 diikuti dengan cawangan keduanya di Petaling Jaya yang dibuka pada lewat 60an.

Kekuatan A&W pada era kegemilangannya terletak pada citarasa klasik yang terdapat pada beberapa menu popular seperti Root Beer, Waffle, Chicken Bites, Chicken Sandwich, Coney Dog dan banyak lagi. Harganya pada ketika itu juga amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan zaman sekarang ini. A&W juga amatlah kreatif dalam mengeluarkan produk-produk mainannya yang dapat menarik lagi minat kanak-kanak pada ketika itu (saya juga adalah peminat mainan A&W waktu itu dan jika terjumpa saja A&W, saya mesti nak ke A&W). Namun kini, segalanya berubah. Segala kemenarikan A&W ketika era terdahulu seperti seolah-olah hilang sebegitu sahaja. Segala citarasa klasik yang dinikmati sebelum ini seperti sudah berubah dan A&W kini seperti sudah berlainan dari A&W yang dahulu gara-gara transformasi yang dibuat terutama setelah diambil alih oleh KUB. A&W kini perlu kembali pada zaman seperti era kegemilangannya jika ia benar-benar ingin kembali bangkit dan mampu untuk bersaing dengan pengendali makanan segera lain yang kini semakin kuat.

Insya Allah, saya akan ceritakan lagi pada entry yang akan datang. Sekian.

Monday, July 9, 2012

Memorandum Terbuka Untuk A&W Malaysia: 4 Tuntutan Ke Arah Memantapkan A&W Malaysia


Salah satu cawangan yang agak laku. Adakah cawangan ini bakal menjadi senasib dengan cawangan lain? Atau adakah ia bakal menjadi bangunan 'kosong' yang terbiar atau berubah wajah menjadi KFC atau McD???

Tahun 2012 telah menyaksikan kejatuhan 'dahsyat' A&W Malaysia yang mencatatkan kerugian yang amat besar sehinggakan beberapa buah cawangan A&W yang tidak menguntungkan satu-persatu telah gulung tikar dan ini telah memberi satu petanda bahawa A&W Malaysia bakal terkubur dan menjadi 'arwah' disebabkan penutupan beberapa buah cawangan A&W dan beberapa buah cawangan lain yang masih beroperasi bakal menjadi mangsa seterusnya. Wahai KUB, andalah PUNCA kepada kejatuhan A&W. Andalah PUNCA A&W mencatatkan kerugian yang teruk. Jika anda jual A&W Malaysia (termasuk juga A&W Thailand) kepada QSR/KFC Holdings suatu ketika dahulu masa bidaan sedang dibuka, sudah tentu A&W akan terus maju di bawah kendalian QSR/KFCH (lebih-lebih lagi QSR dan KFCH baru diambil alih oleh JCorp melalui Kulim Malaysia yang diterajui oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim pada ketika itu yang telah memantapkan lagi perniagaan KFC dan Pizza Hut sehinggalah kemuncaknya pada hari ini).

Salah satu bukti A&W Malaysia bakal menjadi 'arwah' dan terkubur begitu sahaja:

Hey KUB, korang sememangnya BODOH nak MAMPOS!!!! Korang tak pandai langsung nak uruskan A&W macam mana. Korang tak pandai LANGSUNG nak mengatur strategi bila melibatkan sektor F&B seperti A&W. Di luar sana, ada banyak dah rangkaian makanan segera di Malaysia sama ada dari luar atau dalam seperti KFC, McD, Burger King, Wendy's, Marrybrown, Popeye's dan sebagainya. Korang tak pandai langsung dalam bab memberi kepuasan terbaik kepada pelangan. Dan korang tak pandai langsung pon dalam bab pengiklanan dan promosi. Dan korang juga tak pandai LANGSUNG nak bersaing! Cuba brader tengok kat KFC atau McD tuh!!!! Cuba hangpa banding depa dengan hangpa, mana lagi baek?? Mana lagi terer????? Macam mana kualiti servis diorang????? Macam mana diorang menghadapi persaingan???? Macam mana diorang buat promosi dan pengiklanan???? Korang cuma tau pasal bab hartanah, pembinaan dan perladangan, tapi korang TAK TAU LANGSUNG dengan strategi "menghadapi persaingan" dalam dunia perniagaan makanan segera. Apa nak jadi dengan HANGPA nie????? Mula-mula OK, tapi akhir-akhir ini, KO lak. PASAL?????

Saya malas nak taip panjang-panjang, jadi saya dengan ini mengemukakan kesemua tuntutan yang ingin dipersembahkan kepada KUB, A&W Malaysia serta seluruh rakyat Malaysia khususnya dalam usaha menyelamatkan A&W Malaysia daripada kejatuhan yang bakal melanda jika tiada sebarang usaha yang efektif untuk menyelamatkannya.

TUNTUTAN-TUNTUTAN KE ARAH SELAMATKAN A&W MALAYSIA
  1. Memantau segala gerak kerja krew dalam memastikan krew restoran dapat memberikan layanan servis yang memuaskan kepada pelanggan. Pengurus restoran perlu bertanggungjawab dalam perkara ini memandangkan pengurus merupakan kepala utama dalam sesuatu restoran. A&W juga harus mencontohi KFC serta McD yang mampu memberikan layanan servis yang memuaskan. Ini adalah salah satu masalah yang menjadi punca kenapa makin banyak cawangan A&W yang gulung tikar sekarang. Puncanya adalah dari KEBODOHAN A&W sendiri.
  2. Bijak mengatur strategi dalam menghadapi persaingan. Pihak A&W Malaysia khususnya KUB harus bijak dalam mengatur strategi bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit pada hari ini seperti memperkenalkan produk baru yang boleh memikat pelanggan, mengadakan peraduan dan lain-lain lagi seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Di mana semua itu, A&W????? Dan mana perginya admin website serta fanpage A&W??????
  3. Memantapkan lagi segala bentuk promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan adalah penting dalam menarik lagi pelanggan untuk datang ke A&W serta membeli produk-produk yang ada di A&W dengan gembira. Jangan biarkan A&W terus mati tanpa sebarang promosi dan pengiklanan yang menarik!!!
  4. Serahkan (jual) A&W kepada QSR/KFCH yang lebih layak untuk memegang perniagaan A&W. Kepada KUB, jika anda tak pandai nak tadbir dan uruskan A&W, adalah lebih baik jika anda jual sahaja A&W kepada syarikat seperti QSR/KFCH yang dirasakan lebih layak untuk menguruskan segala perniagaan serta francais A&W di Malaysia khususnya. Insya Allah, jika KFCH dapat membeli keseluruhan ekuiti A&W dan seterusnya, mendapat hak memegang francais A&W di Malaysia dan juga di Thailand, KFCH mampu untuk memantapkan lagi perniagaan A&W Malaysia seperti apa yang telah diusahakan kepada KFC serta Pizza Hut. (Tapi pada QSR/KFCH, janganlah nak ambil kesempatan pula untuk menutup terus A&W atau menukar sepenuhnya kesemua restoran A&W yang masih beroperasi dengan jenama KFC. KFC tetap KFC, A&W tetap A&W. Nanti tetibe kang tengok A&W PJ kat depan Amcorp Mall jadi KFC lak.)
Jangan biarkan A&W Malaysia terus mati dan terus menanti "hari kematian". BANGKITLAH DEMI A&W!!!!! Anda mapu mengubahnya.

JOM UBAH A&W! SELAMATKAN A&W MALAYSIA!!!!! WE STILL LOVE U!!!!!!

A&W Kota Bharu dalam kenangan. Kini, ia telah ditutup bersama cawangan lain yang juga senasib dengannya.  Belangsungkawa A&W KB.

Belangsungkawa A&W Malaysia?? (1963-2012????)

Saturday, July 7, 2012

Selamat kembali

Saya kini kembali berblogging! Setelah sekian lama sy x berblogging, kini, sy kembali utk berblog dsebabkn byk sgt isu-isu yang tpaksa ingin disentuh. Mmg byk sgt isu sekarang ni!!!! Jd atas sbb ini, sya dengan ini akn trus berblog dgn laman ini insya Allah.

Sekian