Wednesday, July 18, 2012

Belangsungkawa Shakey's Malaysia (1978-2009)


"Rage comic" yang saya buat sendiri

Saya ada satu cerita. Cerita ini pasal seorang wanita namanya Cik S. Cik S nie kemudian kahwin dengan Mr. C. Tapi, yang menjadi masalah, bini Mr. C yang sorang lagi, namanya Puan P rasa jeles dengan Cik S ni. Puan P ni rasa tercabar la dengan Cik S kerana dua-dua cantik dan mempunyai kehebatan tersendiri. Mereka berdua mahir buat pizza. Namun, dek kerana Puan P ni terlalu memujuk sangat dengan Mr. C, akhirnya Cik S berpisah akhirnya. Setelah sekian lama Cik S keseorangan, dia bertemu pula dengan jejaka tampan yang bernama D. Akhirnya Cik S berkahwin pula dengan D. Namun, D ni lak tetiba pula pergi 'rampas' harta Cik S (dengan 'persetujuan' :P) dan setelah beberapa lama sekiannya, akhirnya secara tetiba, Cik P jatuh pergi merempat setelah 'dihalau' dari D dan akhirnya dia menderita sehinggalah dia mati kemudiannya. Belangsungkawa Cik S...

Sebenarnya cerita di atas tu hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Sebenarnya, apa yang saya ingin ceritakan adalah mengenai sebuah rangkaian restoran pizza terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu yang kini telahpun 'mati'. 'Perkahwinan'nya dengan satu lagi rangkaian pizza yang kini menjadi antara rangkaian pizza yang meletup-letup di negara ini merupakan "titik-tolak" kepada kejatuhan, 'pembunuhan' serta "penyakit kronik" yang melanda rangkaian ini. Tanpa segan silu, rangkaian pizza yang dimaksudkan semestinya SHAKEY'S PIZZA, rangkaian pizza pertama di Malaysia (mendahului Pizza Hut) yang sampai ke Malaysia pada tahun 1978 namun 'mati' pada tahun 2009 setelah semua rangkaian yang masih mengekalkan brand Shakey's gulung tikar pada tahun itu juga (Kenapa dikatakan "yang masih mengekalkan"?? Tunggu....).

Shakey's yang pada asalnya dari Amerika Syarikat mula bertapak di Malaysia pada tahun 1978 dan menjadi rangkaian restoran pizza pertama yang beroperasi di Malaysia. Shakey's kemudian diletakkan dibawah KFC Holdings bersama KFC dan Pizza Hut. Namun, disebabkan Pizza Hut tidak mahu ada keuntungan lebih dari pesaing terdekat, maka Shakey's sering dianaktirikan oleh KFC Holdings. Akhirnya, Shakey's dikeluarkan dari KFCH dan meneruskan perniagaan di atas paksi sendirinya. Pada tahun 2005, Shakey's bersetuju untuk bergabung bersama Domino's Pizza yang pada ketika itu tidaklah sekuat pada hari ini dan penggabungan ini menyaksikan beberapa buah cawangan Shakey's di'transform' menjadi Domino's manakala cawanngan yang masih lagi berada di bawah jenama Shakey's pula akan dijual. Penggabungan ini juga menyaksikan kekuatan Shakey's yang sebelum ini merupakan 'archrival' kepada Pizza Hut semakin merudum disebabkan pengaruh Domino's yang semakin kuat. Beberapa masalah yang dihadapi oleh Shakey's sehingga terdapat cawangan yang mengalami masalah dari segi mutu servis serta khidmat pelanggan menyebabkan Shakey's akhirnya jatuh dan pada tahun 2009, kesemua cawangan Shakey's di Malaysia telahpun gulung tikar.

Shakey's Dalam Kenangan (1978-2009)


Shakey's telah memberikan 1001 kenangan yang indah dan saya adalah salah seorang peminat Shakey's sejak dari kecil lagi. Shakey's sememangnya mempunyai perbezaan yang amat ketara jika dibandingkan dengan Pizza Hut kerana terdapat beberapa buah menu di Shakey's yang mana kelazatannya amatlah berbeza dan lebih sedap jika dibandingkan dengan Pizza Hut. Antaranya ialah garlic breadnya. Garlic bread Shakey's lebih sedap jika dibandingkan dengan garlic bread kat Pizza Hut. Ini disebabkan rasanya yang rangup seperti di'toast' selain aroma serta rasanya yang tidak dapat menandingi Pizza Hut. Selain itu, Shakey's juga memiliki menu ayam goreng yang dirasai boleh menandingi ayam goreng KFC disebabkan rasa ayam gorengnya yang boleh dikatakan setaraf dengan rasa ayam goreng OR KFC (nanti marah lak KFC sbb nnt tkt dikata resepi rahsia diorg dh kna 'leak'). Rasa pizzanya juga boleh tahan rasanya dan antara yang juga menjadi tarkian utama adalah mojos (kentang yang dipotong tebal dan digoreng) yang sememangnya sedap belaka selaras dengan taglinenya "More pizza, more than pizza". Masa kecil dulu, mama saya rajin bawa kitorang makan kat sini especially kalau pergi ke Jusco Wangsa Maju (disebabkan terdapat restoran Shakey's kat situ) dan kali terakhir saya makan kat Shakey's adalah pada tahun 2006 dan sejak kami pindah ke Sabah, kami langsung tak pergi ke Shakey's.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila semua restoran Shakey's yang still maintain dengan brand Shakey's ditutup serta merta pada tahun 2009 dan ini telah menandakan berlakunya 'kematian' sebuah rangkaian pizza tertua di Malaysia yang telah banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia dalam menghidangkan pizza serta memberi layanan istimewa kepada semua pelanggan setianya. Segala kenangan menikmati hidangan di Shakey's kini hanyalah tinggal secebis kenangan. Bersemadilah Shakey's. Engkaulah seorang legend. Kelazatan hidanganmu tidak dapat ditandingi oleh Pizza Hut yang menjadi raja pada hari ini. Selamat jalan, Shakey's.....

Belangsungkawa Shakey's Malaysia (1978-2009)


Farewell, Shakey's Malaysia. Bersemadilah kamu di sana....

5 comments: